University Name: Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Student Name: Muhammad Hazim Bin Mohd Yazman
Category: GovTech & Social Impact
Application Description: DEFENSELINK MY (DefenseLinkMY / DefenceLinkMY) ialah aplikasi GovTech berkonsepkan keselamatan nasional dengan motto “Keselamatan Negara, Di Hujung Jari Anda” yang bertujuan menghubungkan rakyat secara terus dengan sistem keselamatan negara melalui integrasi notifikasi rasmi dan komunikasi kecemasan daripada agensi seperti Angkatan Tentera Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, NADMA, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dalam satu platform yang disahkan kerajaan. Aplikasi ini meningkatkan kesedaran masyarakat tentang ancaman keselamatan, latihan ketenteraan dan amaran cuaca ekstrem, di samping menyokong operasi pertahanan melalui fungsi “ReportOps” yang membolehkan orang ramai menghantar laporan aktiviti mencurigakan, cerapan dron, pencerobohan kecil, kebakaran hutan, banjir dan kecemasan lain secara pantas dengan ID penjejakan terus ke pusat kawalan berkaitan. DEFENSELINK MY turut berperanan sebagai hab teknologi pertahanan yang memaparkan perkembangan dron ATM, sistem radar dan surveillance tempatan, komunikasi taktikal TETRA, AI serta pertahanan siber kerajaan dalam bahasa yang mudah difahami rakyat. Melalui ciri DefenseMap, pengguna boleh melihat kawasan latihan tentera, zon larangan dron, zon risiko bencana dan laluan evakuasi, manakala modul pendidikan menyediakan panduan asas survival, pertolongan cemas, pengenalan unit ATM dan etika keselamatan awam. Aplikasi ini juga dilengkapi butang “Immediate SOS” yang terus ke talian 999 dengan perkongsian lokasi masa nyata, Dashboard Krisis Nasional untuk pemantauan situasi bencana, serta sistem verifikasi maklumat bagi menangkis berita palsu dengan paparan kemas kini rasmi kerajaan.
PartyRock Application Link: https://partyrock.aws/u/HAZIMDORAEMON/67nLGZTfh/DefenseLinkMY